Ada Apa Dengan France?

November 4, 2006

Selamat Hari Raya

Filed under: Uncategorized — syazwan @ 1:48 pm

Dalam masa tiga hari lagi, kita akan menyambut hari raya kedua dalam bulan Syawal. Selamat Hari Raya kepada yang mereka yang puasa enam (dgn syarat esok dan lusa poser gak la).

Maka hari ini, wan dapat lagi 3 kad raya dan satu parcel raya! Semuanya belum terlambat dude!


ni gambar semalam. pejabat pos buat greve (strike = sukan no satu kat france). mereka berarak dengan basikal posmen tu sambil melambai lambai tangan ibarat pembukaan rasmi sukan komanwel ke 16 di KL pada 11 September 1998.

Upacara Pecah Parcel

Parcel seberat 19.725 kg ini sememangnya menjanjikan satu cabaran yang tegar untuk memindahkannya dari La Poste ke pondok burukku. Jarak dari La Poste ke rumah kurang dari sepertanak nasi, namun proses pemindahan 19.725 dapat menyaksikan kesemua gaya: kuak lentang, kuak kupu – kupu, kuak dada, gaya bebas dan paling kerap: gaya rampaian perseorangan. Jgn risau, wan tak buat gaya berirama.

Alahai.. tu baru 19.725 kg dan kurang 15 min. Bayangkan my mum mengandungkan wan, bawak wan siang malam selama 9 bulan 10 hari, kemudian parents kene jaga lagi masa berat wan 19.725kg siang malam berbulan bulan.. terima kasih kat mama dan abah! Berat parcel ini adalah nothing berbanding jasa mama dan abah. (matilah anon2 kata superficial)

Kebetulan sekarang masih cuti, masih bersemangat la untuk buat majlis pemecahan parcel. Buka satu satu, atur satu satu. muahaha. juga kaji tarikh luput.. yg hampir luput, akan diluputkan secepat mungkin dengan bantuan semua Malaysian di rumah ini. (sharing is caring right?) Tiada langsung kerosakkan serius dilaporkan, kecuali satu tin sardin ‘Ikan Mackerel dalam Sos Tomato’ jenama Ayam Brand 155g yang kemek tinnya.

Oh ya, sebelum terlupa, blog ini diupdate sambil penulisnya memakan dodol dalam daun palas (yg dlm plastik, tiada pengeluar dicatatkan), juga mengunyah biji gajus seberat 1kg yang diedarkan oleh Marina Edar SDAR Sdn Bhd, Taman Anis, Kg Cherang Melintang, 16200 Chabang Empat, Tumpat, Kelantan (no phone 0139027930 / 0179155759).. siapa sangka, produk keluaran Kelantan dieksport oleh my mum ke lokasi yang terletak 12500 km dari kilangnya! muahahaha.


parcel yang berat.. lalalala ~~~
yuppy. nampaknya tak der yang melelah atau berdebu keluar. tanda awal tiada pemecahan awal berlaku. kalau ada pun, ianya akan pecah dalam plastik peribadi dan tidak menganggu barang2 lain.



sekali imbas, cam dalam sidang akhbar kat Bukit Aman biler polis berjaya menumpas penyeludupan pelbagai jenis dadah seberat 19.725kg kan? muahhaha.. tak pun, kumpulan perompak yang bersenjata dan polis mempamerkan kesemua senjata yang dirampas.


milooooooo… dan perencah Adabi… lepas ni masakan wan akan setaraf dengan Sajian Istana Zaman Silam la..


Cloud 9 pun ada! merasalah melekat celah gigi lepas makan Cloud 9 tu. (skrg pun gajus tgh melekat celah gigi ni)


Mee Maggi cepat dimasak. Adeii.. nak Mamee yang ada gambar Mawi!!! nak Mamee yang ada gambar MAwi.. hahahaNasib baik Mama dan Abah belikan Maggi, kalau Mamee yang ada gambar Mawi, sure wan tak nak makan. Ada 19 paket Maggi, boleh bukak kedai runcit ni..


ni bukan parcel raya ni. ini ialah parcel DeepaRaya ni.. ada papadam ok!!


Sri Aji. ada tiga perasa. Maka tiap tiga hari akan berubah la rasa nasi goreng tu. haha.. hari ini perasa Ayam, esok perasa udang, tulat nasi goreng Cina, kemudian kembali ke ayam, udang, cina.. sampai abih.


tidak lupa tegung pulut yang tak tau nak masak apa. ada kopi best. juga Nisan (gula melaka). boleh buat wajik! yeah..


satu satunya benda yang tidak boleh dimakan dalam parcel ini. Minyak Mastika.

Dlm kepala wan sekarang (dan sejak 3 hari), asyik terngiang ngiang lagu “Aku memang pencinta wanita, namun ku bukan buaya yang setia pada seribu gadis.”… adei.. sgt tak waras…

jp: astaghfirullah….. aku memang pencinta wanita.. namunku bukan buaya…
fr: hahaha
fr: ko tau
fr: dlm pale otak aku ni
fr: mmg berkumandang lagu tu
jp: sama la aku
jp: lagu tu mmg sesuai utk lelaki yg berawek cepat jeles cam aku
jp: ke… ko asek dok terbayang mamat irwansyah yg kulit putih tinggi hensem tu?
fr: hahahhahahhahahhahhaha
fr: tak tak
fr: maksud aku… aku asyik pikir lirik tu.. asyik sebut lirik tu.. tapi aku tak sepatutnya macam tu
fr: tapi.. pasal wajah mamat tu pun betul gak
jp: hm.. aku tgk clip dia.. pd aku mmg hensem la.. aku cuma berminat kat bibir dia yg warna pink
jp: cam mana eh nak bg bibir mcm tu… nampak delicious
jp: aku rasa la pd mata perempuan

Motif? haha. tak pe. Duniawi je tu. hahah. Botox la jawapan dia. for me la.

GosH.

November 3, 2006

Bombaysers de Lille 3000 part 2

Filed under: Uncategorized — syazwan @ 12:48 pm

Adakah anda ingat akan entry Bombaysers de Lille part 1? Kalau anda terlupa, sila baca dengan mengelik kat sini

OK. Kembali kepada penerangan tentang Bombaysers de Lille. Pada tahun 2004, bandar Lille menjadi “Capitale Européenne de la Culture”. Dan pada tahun 2005, Cork (di Ireland), pula menjadi “European Capital of Culture” (2006 di Patras, Greece).

2004. Dan Lille akan sekali lagi menjadi “Capitale Européenne de la Culture” pada tahun 3000 nanti. InsyaAllah, kalau panjang umur, pada tahun 3000 nanti, wan akan tulis pasal ini lagi.

Dan Bombaysers de Lille tidak lain dan tidak bukan adalah sekadar nak bawakan culture India ke Lille. Dan sekarang, bandar Lille berbau India, makanan Lille berbau India, banyak gajah merata – rata tempat (patung je la), banyak lampu berjuntaian dan banyak bunga plastik mengalahkan persandingan Siti dan Uncle K.

Malah, jika anda ke tempat public service cam Electricité de France (EDF, cam TNB Malaysia), ataupun ke La Poste (cam Pos Malaysia), semua pekerja mereka pakai Sari dan Dothi.. Yup! Pompuan kulit putih yang biasanya seksi, tapi sekarang pakai Sari siap bertindik dengan tahi lembu merah atas dahi (yg wan jamin ianya sekadar inai biasa) dan seketul permata. Tiap kali pi La Poste, benda cam ni la yang wan lihat. Nasib baik mereka tak gerakkan kepala kiri kanan tanpa gerakkan leher je. hehe

Benda menarik ini akan berada di Lille sehingga 14 Januari. Boleh la join wan untuk pusing India di Lille?
P/S: video dari Youtube kat atas tu ialah video di Lille, video di France dan video di Eropah dan bukannya video di India!

November 2, 2006

116248889867075393

Filed under: Uncategorized — syazwan @ 6:34 pm
“If you take out uncovered meat and place it outside on the street or in the garden or in the park or in the backyard without a cover, and the cats come and eat it, whose fault is it – the cats’ or the uncovered meat?”

- Sheikh Taj Al-Din Al-Hilali

BRU atau tidak?

Filed under: Uncategorized — syazwan @ 2:39 am

cuti masih ada lagi 5 hari. nak keluar dari France atau pun tidak?

tolonggggggggg…

bukan tak nak travel, tapi muak dan rasa penat.. pikir2 balik, sama je.. urghh.. stay kat rumah je la… tdo, internet, bakar merguez dalam bilik, tdo, tgk wayang… best best.. actually skrg ni hujan, malas nak travel, lagipun sejuk.. at least jimat 400 euros.. bukan duit wan gak, duit anda kan? (anda = rakyat malaysia yang bayar saman dan bayar tax).

adoeiii bosan nak mampus… tak per. slagi ada housemate, selagi tu la idup. hahah.

punya la pemalas-nak-berdiri tahap dewa, wan masak dalam bilik hari ni.. hahah.. pasang set BBQ elektrik milik Jepp (yang sekarang berada di Italy, matilah kene marah biler dia balik nanti, takper, nanti aku download Survivor, DH, Amazing Race dll utk dia) dan masak sambil duduk bersila.. hahahha


merguez? teringat citer kartun tom & jerry kan?


ok tak? merguez bakar dgn ribs kambing yg dimarinatekan dgn sauce BBQ.

makan sampai muak dan sampai naik lagi berat badan dan lagi tinggi tahap kolestrol dalam badan. fuhhh.. dah la bakar dalam bilik.. selamba giler.. hahah.. FiPi dan Dinie dari Lyon datang last 3 days, hari ini mereka balik, train kul 1500 tadi.. tapi tak pergi hantar pun, just nangis kesedihan dalam bilik je.. rindu lak nak dgr FiPi main gitar.. dan gak Dinie main gitar lagu Cindai.. fuhh..


gambar tgh hari smlm.. tidur berjemaah.. 3 orang atas satu katil single sambil layan lagu mp3 kat hp memasing.

Oh ya, semalam terbeli handset baru.. Samsung sajor, yg touch pad je… simple je.. sbb: phone skrg akan abih contract dia 16 nov ni.. maka beli la phone baru terus.

Bercerita pasal entretien stage (interview utk praktikal), semuanya berjalan dalam keadaan yang sederhana… ok fine, muka dah ok, foundation kemas, rambut sikat rapi, baju kemas, kasut dan seluar ok, tapi biler sampai sana, mulut berdarah, hidung lak mengalir mengeluarkan benda yang tak best. 20 min temuduga, soalan berjalan rapi, jawapan rapi tapi sambil layan darah dari bibir dan hingus dari hidung. sadis giler. tapi wan tak berharap untuk praktikal ni pun, sbb yg ini akan buat kat Lille.. wan tak nak stay kat Lille nanti… maka, entretien ni sekadar main – main je la.


gambar majlis raya kat rumah TR semalam.. benci tul baju kemeja yg baru beli last week, cam baju tidur.. member french pun ada cakap “c’est bien, c’est fashion.. ” niat perli la tu.


bbq smlm… shedap… eheh.. nampak asap? lol…


bihun goreng yg anip dan faiz masak.. struggle nak memusingkan bihun dalam kuali tu.


layan movie dgn projektor.. sakit kepala duk donggak..cuba teka citer apa? klu: bayang pak2 arab tu..

abih layan citer, balik ke rumah untuk layan BArca vs Chelsea.. muhaha.. tapi yg ni tak best sgt, lebih suka sbb Liverpool menang lawan Bordeaux.. bukan sbb anti Bordeaux, tapi sebab biler Liverpool menang, ada orang akan happy.. kalau tak, asyik duk ‘putain’ dan ‘ba*i’ je la. ops. tapi silap la bro tak pakai jersey smlm. caption: KFC, Kek, CDs….


saper nak KFC? tapi Original Recipe, cam tak meriah la pulak kan?

Esok dah hari khamis.. ada train kul 1140. Kalau bangun dari tidur sebelum kul 11 pagi, still ada masa 20 min utk pack barang dan ada lagi 20 min untuk beli tiket dan naik train. Maka, doakan wan bangun dari tidur kul 1115 pagi ke atas. ok?

October 30, 2006

Jamuan Raya Grenoble, France

Filed under: Uncategorized — syazwan @ 10:52 pm

Saper kata kalau duduk overseas tak leh balik kampung? RUmah mak mertua wan kat Grenoble, maka tahun ni balik kampung orang tersayang la. opss (takder saper2 pun, sekadar nak guna istilah ‘balik rumah mak mertua’)

Hehe. Kami 14 orang dari Lille, dengan dua biji Opel Zafira, menuju ke Grenoble pada jam 19 pada 27 Okt 2006 dan kembali ke Lille pada 29 Oktober 2006. Kami bertolak waktu malam, maka takder sangat la kereta kat lebuhraya. Jarak antara LIlle ialah 809km dengan 806km di lebuhraya. dan ianya mengambil masa.. erkk.. rahsia!


peta laluan kami. dari lille ke grenoble.


gambar sebelum bertolak selepas dapat kunci kereta…. ngantuk gak sebab kelas baru abih :(


sempat posing walaupun di tengah2 malam..

majlis bermula pada jam 14 pada hari Sabtu, hingga jam 20… mereka sewa satu restoran ini. Masakan smeuanya masak sendiri.. malah mereka masak satay daging (tak leh imagine betapa tabah mereka menyucuk daging kat lidi itu)… Semua berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah mahupun drama. Persembahan dari setiap bandar juga berjalan dengna lancar walaupun tiada persediaan yang rapi. Malah kami siap ubah lirik “balik kampung” kepada “balik grenoble”.. hahah.. kelakar giler tapi seronok bergalak… rasanya wan yang paling over dan rasanya dimeyampahkan oleh ramai orang. hahha..


akulah spoiler dalam majlis ni.. sbb pakai jean koyak2 :(


ketibaan tetamu .. chee (matilah Citroen c5 sekadar untuk angkut lauk)


ketibaan rendang, soto yang best giler dan satay (cam muak lak makan satay situ sana sini)


majlis dibuat kat dewan yg agak luas, muat untuk 50 orang kami dari seluruh France.

Majlis ni pada hari sabtu, kami tiba pada tgh malam hari jumaat tu… kemudian 8 orang tidur dalam satu rumah.. selamba kadak… 4 orang atas katil, 3 orang atas lantai dan tuan rumah tak tdo! hahah.. actually terplan nak ambik hotel gak, kebetulan ada hotel Mercure kat sana, tapi cam bersalah lak biler kekawan ramai kat sana, tapi tidur kat hotel kan?


sambutan di pintu masuk.. tuan rumah hanya 8 orang, manakala kontinjen Lille seramai 14 orang! pintu masuk ibarat nak masuk meminang..


kontijen Lille… wan siap bercekak pinggang lagi…


junior Pekom (Petronas + Telekom)… semuanya rapat dengan wan :)


penat hingga mengaru leher.. oh ya, satu badan wan gatal sejurus selepas mandi sebelum majlis bermula.. tak tau apsal, dah cover dgn krim tpai tetap nampak merah ;(

Semua ibarat sakit sakit pada hari raya keenam ini. Sakit gatal muka, sakit demam dan sakit tiada suara (suara merdu jadi suara Ella)

Superstar dan peminat.

Tidak sah kalau tidak bergambar dengan peminat (booo boooo)… Saya tidak mahu jadi macam mawi, tak mau bergambar dengan peminat. opss


Jepp et moi…


Asma’ et moi….


erk. ramai – ramai et moi….


Luk et moi…


dah nak masuk maghrib dah.. kami kat sana dari kul 14 hingga 21…


minum bersama dengan Kamil dan Ali. Belajar cara pegang gelas dengan betul.

Perjalanan Balik ke Lille..

809km ke Grenoble, bermakna sekali lagi 809km kembali ke Lille. Kami bertolak pulang pada jam 11 pagi, pada 29 Okt dan sampai kat Lille beberapa jam selepas itu.


yeah.. dah nampak tanda jalan ke Lille… yuppy yuppy… tak sabar nak sampai lille dan nak tidur atas tilam sendiri..


hanya pilot dan co-pilot yang masih di dunia nyata… sambil layan lagu mp3 melayu yang difrenchkan..


memandu sambil bergambar.. jgn risau, rekod wan stakat ini masih 240km/j guna s55 di jalan Binjai – Beris Kubur Besar dan 225km/j guna 520d di jalan Peringat – Jelawat.

Ucapan terima kasih


Zeff dan Peon… senior wan kat Lille. Gambar ini ialah gambar terbaik sepanjang trip ini.


bekas pelajar yang pernah berada di Colmar masa persediaan bahasa French… gambar hitam itu dibuat oleh orang lain.


terima kasih kepada semua yang sudi berkumpul di Grenoble, menenggelamkan majlis Hari RAya anjuran UMNO di Angouleme yang hanya dihadiri oleh 30 orang.

Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua ahli dalam kontijen Lille: Zareef, Kimmy , Zeff, Peon, Teoh (pelajar MMU yang buat praktikal 3 bulan di Lille), Eijas, Ajib, Anip, Mat Nor, Razak, Ann, Jepp dan Aizuddin. (dari Vallencienne)

Sambutan raya seterusnya: Lusa!

P/S: Wan ada entretien esok (temuduga) untuk praktikal.. doakan kemudahan untuk bercakap french tanpa kekok. Juga mahu away ke.. erk… tunggggguuuu…

October 27, 2006

Rumah Terbuka Aidilfitri 2006

Filed under: Uncategorized — syazwan @ 1:32 am

Rumah Terbuka Aidilfitri 2006 selamat diadakan dari jam 5 petang hingga 12 malam di rumah wan. ahaks. Bukan wan yang menganjurkan, tapi senior, cuma rumah jadi tempat berkumpul je la. Jumlah yang datang ialah semua bebudak Lille, seramai 17 orang dan 3 orang dari Valencienne, 70 km dari Lille. Tak sangka lak mereka datang. Ajak baru ni cam ajak2 ayam je. tapi bagus la meraka datang, dah la lama tka jumpa, boleh gak abihkan lauk. ahaks.

Semua bergotong royong sejak beberapa hari lepas. Yang potong ayam / ayam belanda dan perap satay dan berkerja sejak beberapa hari lepas bagi memastikan majlis ini berjalan dengan lancar. Tu pun lontong dimasak jam 7 malam untuk makan jam 9 malam.. good job kat Jepp.. tanpa dia, tak makan la lontong itu.

Tak rasa beza pun raya kat Peranchis dgn raya kat Malaysia. Cuma kami tak der la pi malawat kubur pada pagi raya. Wan tergelak biler dapat SMS, “apa korang buat pepagi raya, tak pergi melawat kubur ke?”… Kubur saper la nak pi malawat erk?

apa pun, exam maths pagi tadi wan suka giler. cam best je buat. lancar! alhamdulilllah.

actually tak larat, tapi wan akan bermula cuti esok. kalau wan tak upload skrg, maknanya minggu depan la baru upload sbb dah plan untuk away (eleh, cam tak biasa lak) dari Lille. Jumpa lagi ya dik non!

GAmbar Majlis Rumah Terbuka


saper kata kat Perancis tak der satay? Kat mesia pun makan nasi dagang je.. kami siap ada satay, buat banyak giler sampai tak abih. hahah


sedap! kalah satay haji samuri kajang tu…


test satay sebelum orang lain sampai. tak aci tul.. (just nak make sure betul betul masak je)


lontong. JEPP yang buat. tepukkan untuk dia. Resepi ambik di sini.


tetamu dari Valencienne .. Zarf (bukan Zarf Lille) dan Zayd. Yg tengah tu ialah Johan, housemate wan.


masa makan! nampak tak air bandung tu? Kimmy yang buat.


yang sini mengumpat. yang sana mengambil gambar.


wan suka gambar ini. cam sultan mencemar duli bersalam dengan anak yatim masa majlis raya.

Seriously tak larat nak update. haha. tapi lagi kesian kat yang datang dari Valencienne.. sebab mereka terpaksa ambik train kul 6 pagi esok, sebab ada kelas kul 8.30 pagi. wan still boleh bangun kul 8 pagi untuk kelas kul 9.. tu pun dah penat gak. tak bersyukur betul… lagipun esok kelas sampai kul 16 je, kul 19 dah nak away dari Lille. Doakan keselamatan perjalanan kami. Kesemua 14 pelajar Lille (kecuali Ali, Toh dan Syazana) akan bergerak konvoy dengan dua buah kereta Opel Zafira untuk pergi beraya….. raya kan sebulan beb!

Di sebalik tabir Rumah Terbuka Aidilfitri

Tidak sempurna sesuatu majlis tanpa kerjasama dari pihak – pihak tertentu. Semua turun padang untuk menjayakan majlis ini (baca: 90%). Dari proses buat air, pecahan tugas memasak, beli barang, cari sayur (fucuk, tauhu, tempe, serai, suhun
kimmy dan nasi himpit kegemarannya.


satay sebelum dibakar. rempahnya adalah bancuhan yang wan buat.. santan campur perencah siap :)


semua bertugas bakar satay. paling vast ialah Ajib dan Farid. sabar menanti. Masakan tradisional satay tak hilang wangi dan sedapnya walaupun menggunakan pembakar elektrik.


hanya turun padang untuk 5 saat, untuk ambik gambar je. hehe


proses pembakaran satay yang rupanya ambik masa gka.. thanks Ajib!


fucuk (baca: bucuk) jatuh atas lantai dan dipijak2. kemudian ali dan Jepp tolong kemaskan. thanks


mengatur plan untuk esok. takder songkok, maka rambut pun berpacak la.


budget travel esok. juga duit raya untuk budak2, tapi takder pun budak yang datang. :(


siap tampal kat dinding lagi planning. Proposition pembahagian orang dalam kereta, jadual persembahan dan bil internet!


ali. pose untuk anda. hahahha larik


penat. bukti Jepp memasak.

fuhh.. esok kelas C kul 9 hingga 12. Then kul 14 hingga 16. Lepas tu cuti selama seminggu. Jumpa lagi minggu depan! dan selamat bercuti

October 23, 2006

kami dah abih raya. anda baru nak start? ;p

Filed under: Uncategorized — syazwan @ 8:27 pm

kami dah abih raya. anda baru nak start?

hehe. Kebetulan kami raya awal sehari dari Malaysia, raya sesama dengan UK. Dah la kami puasa lewat sehari dari UK. ishh, maybe anak bulan tu kuat menendang, tak sabar nak keluar dari kandungan ibu katanya.




selamat hari raya, maaf zahir dan batin dari syazwan.

Kepada semua yang berada di Lille: Zeff, Peon, Ali Imran, Jepp, Ann, Farid, Zareef, Kimmy, Eijas, Razak, Ajib, Matnor Johan, Anip, Syazana, Chen Chou, Teoh (matilah aku tak jumpe lagi).. (giler aku mengira nama untuk mencukupkan 17, rupanya nama sendiri terlupa!).. Selamat Hari Raya secara peribadi daripada Wan… Maaf Zahir dan Batin.. Datuk Bandar buat rumah terbuka Khamis ni kat rumah dia (baca: bilik wan)… Datang jangan tak datang.

semalam kami dah buat takbir kat bilik wan (tak tak, wan tak masak utk ramai ramai, buat takbir je).. solat isyak reramai n takbir. dah la masa solat tu lupa tutup handphone, rancak je lagu Stars Are Blind tu.. ni Anuox la ni.. gedik je nak call time aku beribadah. cheee… sorry ye kekawan. Kemudian sesi ‘aku mintak maaf dgn ko’, ‘ko mintak maaf dgn aku’, ‘aku maafkan ko’, ‘ko maafkan aku’ dengan semua adik beradik wan di sini... heheh.. so, entry dua hari lepas dah tak valid kot. ahaks.. entry dulu terlebih emosi je katanya Alhamdulilah. alahaii, kitaorang ini semuanya cam satu keluarga… bak kata pepatah, sebusuk busuk daging, dibasuh, ditelan jua. kan? korang, sorry la erk pasal entry 2 hari lepas. terlebih emosi katanya.

Hari ini hari raya (Isnin). kelas start kul 10. Tapi kul 7 pagi la my lil bro Zareef tu tegur kat MSN pasal solat raya. hehe. Then kul 7.50 pg, dia dah siap mandi bersugi bersikat bagai. aku masih lagi mamai baru bangun tidur. tu pun sempat ucap selamat berhari raya. hahah… actually solat raya kul 9 pagi, tapi si Farid kata nak jumpe kul 0815.. ahaks.. tapi kul 0840 baru la nak kuar rumah. hahah.. wan sendiri pun dah tak larat nak tgk handphone, beratur panggilan dan sms masuk.. sabar je la.. tunggu aku free skit, aku baca n balas la (actually baca n balas masa takbir raya.. hehe)

Maka kul 0840, wan dan zareef pun pi la solat…. jumpe dengan Kimmy kat Metro.. muka punya la masam sbb kami lewat (haha).. lepas tu masuk dewan (Lille Grand Palais).. dewan ini actually tapak expo, boleh disewa la… dari Expo untuk students, expo untuk syarikat, concert, Salon Erotica (Sex Expo), hinggalah kepada sembahyang raya.. terharu sungguh. imagine la, dari segenap Lille datang ke sini untuk solat reramai.. dari yang tak pernah kenal, kepada yang pernah benci (yup, aku mmg anti skit dgn bebudak *bara* tu)



penuh dewan katanya. tak sangka lak ramai Islam kat Lille ni.

ingatkan solat kul 9, tapi kul 10 pun baru terhegeh hegeh tetamu masuk. Adeii. then kasi lak 3 orang tetamu tu kasi ucapan (datuk bandar lille, datuk bandar Marcq-en-Baroeul dan datuk bandar Villeneuve D’Ascq). Selamba je mereka jadikan tempat tu sebagai medan politik, siap bagi salam lagi sebelum kasi ucapan. adeii.. Kelas kul 10, maka automatik ponteng la. DAH LA kelas math, DAH LA khamis ni exam maths. DAH LA menuntut ilmu itu wajib, DAH LA solat raya itu sunat. DAH LA, jgn bising!


menu raya. roti kering, dah la kene sapu jem sendiri. nak nasik dagang, nak rendang ayam, nak satay, nak lemang panas dalam buluh, nak raya dgn family!!


zareef et moi. mana ada kami gaduh? saper yg reka citer tu? cubit mulut kan!


my lil bros, Zareef dan Kimmy… juga your majesty. ;)


masam je semua. tgh pikir cara reka alasan kat doktor. gambar ni cantik sbb berbaju melayu, pull dan jacket. 3 lapis lagi!


ok dah happy balik dah. idea bernas dah jumpe. matilah doktor ditipu bulat bulat.


persetujuan MoU dicapai untuk berkerjasama dalam mencari MC.


siap melompat – lompat lagi biler idea bernas diperkemaskan.

Maka, abih solat, bedal skit lagi makanan dan balik ke rumah. ambik surat Insurans, withdraw 80 euros, kemudian jumpe doktor untuk cari MC (macam abah selalu buat). Punya la otak geliga dengan Kimmy, pi cakap kami buat Sushi sendiri semalam, makan dan muntah2, telan panadol dan pagi tadi terus sakit perut.. ulang alik toilet tiap 10 minit..bak kata Zareef, saat itu merindui pil Chi Kit Teck Aun (tak terfikir pun, sbb kami tak sakit pun).. Maka dapat 1 hari MC.. hehe..

MC ada, apa lagi? wayang la jawapannya. eh tak, pi raya la. pi rumah ini, rumah itu, kumpul duit raya. test kuih sini, test kuih sana. waaaaaa.. aku merindui Malaysia. Dah ada MC, kami pun pi beraya kat kedai makan.. Punya la order benda sedap, tapi hampeh.. (tu la, suka sgt order benda pelik pelik, lepas tu tak sedap n nyersal). Lepas tu buat lawatan muhibah ke semua kedai pakaian kat Lille. mencari Le Pull katanya… balik rumah dan lepak… duit tinggal 9 euros.. adeii..


inilah menu pagi raya. sikit giler. nyersal. dah la 31 euros abih. tak per tak per, hari raya.

Hari ini happy gak la. dah la tak der kelas (baca: ponteng kelas berMC), kemudian mintak maaf kat semua orang. nampanya semua cam Ikhlas je saling memaafkan.

Esok kelas kul 8 pagi hingga 8 malam. Tak der la MC dah. Lusa kelas sampai kul 4 ptg. Khamis exam. Lepas tu buat rumah terbuka. Hari Jumaat nanti pack barang, dan balik ke rumah mertua la jap kot. (lokasi? cari sendiri. dah kasi klu tu :p)

P/S: family buat rumah terbuka kat Kelantan pada raya pertama.. Datang la ke rumah wan ok. Makan A&W dan nasik dagang katanya. Rumah kampung, cam biasa la, hidang air sirap rose je. kesian ime penat penat angkat air coca cola 12 karton dari KB Mall tapi dituduh buat air sirap rose dengan air paip je.

October 22, 2006

France Raya Isnin.

Filed under: Uncategorized — syazwan @ 8:51 pm

La date de l’Aïd El Fitr a été fixée au lundi 23 octobre 2006. Tarikh hari raya aidil fitri ditetapkan pada isnin, 23 Oktober 2006

Le président du Conseil français du culte musulman (CFCM), Dalil Boubakeur vient de communiquer la date de l’Aïd El Fitr qui a été fixée au lundi 23 octobre 2006.

Nous vous présentons à cette occasion tous nos voeux

Aidkoum Moubarak !

- moi, penyimpan besar mohor Raja Manuel Portugal di Peranchis

P/S: Kepada orang Malaysia, selamat meneruskan ibadat puasa. Kami raya dulu ya! still menjemput semua orang ke Lille pada hari Khamis ini untuk majlis raya.

Kepada Kimmy, selamat pergi kelas dari kul 8 pagi hingga 1730. Wan punye kelas esok start kul 10 pagi, hingga 16. Inipun dah plan nak tdo tanpa tutup tingkap, biar sejuk, esok selsama, pagi pagi jumpe doktor, dapat MC. yeah! Sekarang ni pun hujan, kalau buat plan ni, menjadi je! haha. Nasib baik raya bukan hari Selasa, sebab hari selasa aku start kul 8 pagi hingga 8 malam! sorry erk kimmy, utk hari raya, aku lebih bernasib baik.

Bak kata Kimmy: Pakcik ni kerja 3 kali setahun, and tiap kali, tak sampai 1 minit pun keluar TV (54 saat setepatnya), tapi boleh dikatakan semua orang Melayu kat Malaysia kenal dia. Tabik aaa. Video ini dari youtube, aku gak yg uplaod. nak harapkan org mesia upload, cam slow je.. aku gak la yg upload. hahah

Keluargamu. Di situlah kebahagiaanmu.

Filed under: Uncategorized — syazwan @ 12:19 am

aku tak tau apsal. dulu aku ok je, tapi lelama aku pendam perasaan sakit hati, semakin hari semakin mendalam lak rasa geram tu. tak der la sampai tahap aku membenci, tapi aku rasa cam tak tahan je dgn perangai.

ntah. aku pun tak tau nak marah kat saper. aku marah kat dia ni skit, marah kat dia tu skit. last last kumpul jadi banyak. then aku luahkan marah tu kat diri sendiri.

actually, kerap kali aku rasa aku ‘dipijak’. Cam ner erk? cam, beri susu balas tuba. buat baik dibalas jahat. jasa tak dikenang. orang buat dunno je apa kita buat dan sebagainya.

aku rasa cam tak pernah orang hargai apa yang aku buat. orang mintak tolong aku, aku buat. Tapi biler aku mintak tolong org, org buat dunno je.


ni je la menu bukak poser aku smlm. salmon n yogurt mangga. ngidam ayam tapi tak kesampaian.

kekadang, buat baik pun jadi rugi. aku selalu masak. tiap kali aku pi beli sayur untuk masak, at least 5 euros, beli beras 2 euros.. tapi biler aku siap masak je, sure ada yang bising
+ “apsal ko masak benda ni, tak kenyang la”
+ “apsal tawar ni? ko tak letak garam ke?”
+ “apsal ko masak tak suka letak garam huh?”

7 euros aku abih, cam tu je. dan semalam, aku ajak semua datang sini. 11 orang datang. aku happy je. farid beli 5kg ayam, aku beli santan, beras pulut dan rempah kari abih 8 euros. kemudian aku beli kubis, brokoli, susu dan lada bulat, abih 5 euros. aku masak dari kul 5 ptg hingga bukak puasa kul 6.46 petang. tapi apa yang aku dapat ialah
+ “apsal kari ko cam kosong je?”
+ “apsal pulut kuning ko cam kuning pucat je?”
+ “tak yah la ambik gambar, dah lapar ni”

ianya bukan dari tetamu aku yang jauh, tapi dari dua tiga orang yang berdekatan. yang hanya datang bile aku masak, yang lupakan aku bila aku kirim makanan. dah la aku yang masak, aku yang kene isi nasik dalam pinggan, then aku yg kene basuh pinggan. benggong.

paling benggong: “oh, ko masak benda ni je.. benda ni senang je masak, masuk rempah, santan, masuk ayam. siap”. cakap senang la, padahal tak tengok aku balik kelas kul 6 ptg, tak sempat duduk depan komputer, terus ke dapur, potong ayam, bersih ayam, basuh periuk, potong bawang, bukak tin santan, potong kentang dan kene kacau sepanjang masa. leka 2 min, hangit. aku kene marah. ianya bukan stakat masuk rempah, santan, masuk ayam dan siap.


kari kuning. aku tau kosong. cuma bawang dan kentang. ko nak aku letak apa lagi? suruh letak ketam dan udang baru nampak sedap?


sayur masak simple, tapi kos bahan mentah tetap 5 euros. dan kos potong dan masak yang percuma.

bila aku balik lambat, then aku tak masak. akan ada orang tanya
+ “apsal ko tak masak?”
+ “balik lambat pun, masak je la”

Dah la camtu, biler panggil je makan, sure ada lagi yang bising. masuk dalam bilik aku, duduk bersila dan
+ “oi, cepat la hidang”
+ “tak yah la ambik gambar, dah lapar ni”
+ “ko masak couscous je? tak masak nasik ke?”

juga aku tak tahan bile dapat call / sms
+ “aku beli ayam, ko masak”
+ “lapar la, ko masak”

persoalan: bukan ke selama ini aku yang masak?


pokok yang menenangkan.

kekadang aku pun tak faham, cam sengaja nak dera aku, selalu beli ayam kat kedai yang tak potong ayam. Masalahnya aku yang akan potong ayam itu dan bukannya orang lain. Memang aku dah biasa potong, dan aku potong laju, tapi tetap benda ini boleh disenangkan. bukannya nak tolong potong, tapi persoalan
+ “apsal ko potong ayam macam ini?”
+ “apsal buang kulit?”
+ “apsal ko potong paha?”

Bagi paha satu besar, aku selalu tanya “kenapa tak beli kat kedai yang boleh potong ayam kepada 3 bahagian?”. bukan lagi mahal pun, harga sama je. 6 euros gak utk 5 kilo. tapi aku tetap tak faham. biler aku masak tak potong ayam, dia akan tanya aku balik. benggong. padahal bukan kene argue pun dgn tuan kedai, cakap je bebaik “veuillez couper ces cuisses en 3, s’il vous plait” (tolong potong jadi 3 bahagian, please). bukan ayat debate pun, satu baris je. malas nak bukak mulut. malas nak bergaul. lepas tu komen kata french dia tak lancar. then jeles dgn org lain. benggong.

Biasanya aku sabar je. Tak ubah riak muka, tapi dalam hati geram gak. abih je makan, semua tak nak basuh pinggan. Kumpul semua then tinggal tengah – tengah kat bilik aku. then blah. Kalau suruh si A, si A ada alasan. “aku dah beli air”. Kalau suruh si B, si B ada alasan “aku dah beli ayam”. Paling aku benci dan paling aku benggang bila jawapan “Apsal pulak aku kene basuh pinggan?”

aku cam.. urghhh.. aku bukan orang gaji. sumpah lepas ni aku tak masak lagi utk reramai, except kalau ada grande occasion je kot. cam raya (rumah terbuka khamis ni) or weekend. betul cakap mama aku “jgn buat baik sgt, nanti orang pijak kita”. sebab mama dan abah selalu taja apa apa, then biler ada projek lain, sure cari parents aku gak, biler parents aku tak layan, mereka lak yang kene marah. benggong.

mulai esok dan sampai bila2, aku rasa aku akan masak untuk aku sorang je. ataupun dgn yg sudi basuh pinggan n sudi kerjasama. cam ajib. aku masak, dia basuh pinggan. 10 kali aku masak, 10 kali dia basuh pinggan, baru ada sorang yg lain jadi suka-paksa-rela-wan. aku tau, aku masak tiap hari, aku belanja at least 5 euros sehari untuk beli bahan mentah, tapi kalau aku masak sorang, aku boleh jimat banyak giler.

tapi aku tau aku tak leh hidup seseorang. Sebab itu aku suka masak dan ajak orang lain dtg makan. Aku happy. sebab itu aku suka bila Eijas dtg lepak bilik aku. sebab itu aku suka bila kimmy tido kat bilik aku. sebab itu aku suka biler housemate lain datang lepak kat bilik aku. tak tak, jgn salah faham, aku tak benci mereka, cuma aku terkilan.

aku pun tak tahu kenapa jadi sikap cam tu. nak kata sebab puasa, aku pun puasa gak. nak kata sebab lapar, aku pun lapar gak. nak kata penat study, aku pun penat study gak.

aku tau aku lebih berutung dari yang lain. Yang lain harapkan biasiswa sahaja, tapi aku dapat dari sumber lain, dari family, dari org itu org ini, dari artikel, dari buat planner, dari saham dan sebagainya. itu bukan point aku, maksud aku ialah: Aku tau aku patut share apa yang aku dapat dgn orang lain, tapi aku akhirnya tak dihargai. kan?

dah la, aku nak ungkit, aku rasa sampai esok pun tak abih. aku bukan jenis suka mengungkit, tapi aku suka pendam. dan aku jenis tak suka bergaduh (maybe sbb tu aku pendam je), malah aku perlukan kawan, cuma mereka je tak nak kawan dengan aku.

dah la, dah nak raya. harap semuanya berubah nanti.

juga aku bengang pada orang yang suka sergah – sengah masa aku ambik gambar. orang lain penat penat posing, then masuk la dia potong line, duduk depan skali, lindung semua yang kat belakang. result, 30% gambar rosak. budget orang akan terhibur la tu. blah.


bile tension. pewangi dan coklat boleh melembutkan hati kita.

Satu lagi, boleh tak stop dari tegur Wan kat YM, MSN, Friendster ataupun komen kat blog n tagboard dengan pertanyaan: “Tak balik Malaysia ke raya ni?”..

October 19, 2006

Rumah Terbuka Aidilfitri 2006

Filed under: Uncategorized — syazwan @ 10:24 pm

Hari ini Khamis. Exam. Alhamdulillah. Dua dua kertas boleh buat. Subjek C, walaupun agak blur, tapi akhirnya penuh gak kertas jawapan walaupun cam mengarut je isi jawapan. Subjek Pengurusan lak, nak kata senang, tak der la senang, tapi sebab formula dihafal, maka boleh buat la. Selamba je buat ayat dalam French untuk menguatkan lagi tiap tap jawapan. ermm.. insyaAllah dapat markah baik nanti, AMIN.

Balik ke rumah, rasa happy giler.. hilang penat exam, dapat banyak kad raya, kemudian elaun JPA dah masuk! Terima kasih JPA, tak sia – sia study pepenat masa SPM dulu. Yeah.. i’m now RM13,434.41 richer! tapi sekejap je la, bayar hutang credit card, bayar hutang itu, bayar hutang ini, terus nampak kurang (pepaham la apa maksud “kurang”). Then tak sampai sejam, dapat call dari 3 member, mereka dah masukkan duit dalam bank wan, duit yang wan pinjamkan kepada mereka. wah happy!! ahaks.. inilah hakikat kami kat sini, tak der ibu bapa di sisi, maka terpaksa la saling membantu antara kami..hahah… jap agi boleh la edit buku hutang dalam file excel tu.. hehe.. Juga nak hantarkan duit kepada kawan di Ireland. sat noh..


“selamat hari raya Aidilfitri, maaf Zahir dan Batin kepada Syazwan daripada sepupu – sepupu ini”. Dari kiri: Afiq, Adilin, Asyraf, Afifi, Ain dan Afham…


“Selamat Hari Raya kepada Syazwan dan pembaca blog Syazwan, dari Siti dan Pak Besar”

Maka dengan ini, wan (dengan kerjasama seluruh Malaysian di Lille) akan buat majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri pada Khamis, 26 Oktober 2006. (hari raya ketiga / keempat). Dan anda semua dijemput!! Dan wan war -warkan juga, wan akan sediakan duit raya kepada yang bawah 20 tahun. (Kimmy, Zareef n Eijas dikecualikan) (baca: jimat duit wan!).. haha

Majlis Rumah Terbuka sempena Aidilfitri
Tempat: Rumah Syazwan, 4 Rue Manuel, 59000 Lille, France
Tarikh: Khamis, 26 Oktober 2006
Masa: 17-23 (5ptg hingga 11mlm)
Tema: Baju Melayu dan Kurung obligatoire!
Hidangan: MAsih berbincang dgn cateringRahsia (by that time, aku rasa sorang pun takkan jeles, sebab kat Malaysia pun boleh makan benda sama yang lagi sedap dan lagi banyak kat mana – mana rumah terbuka. saper yang kecur air liur gak (terutama AZhar Ahmad, yoyo n hazwan), tak tau la wan nak kata apa.. “korang tak pi raya ke?”)

Oh ya, setakat ini wan dah send 12 keping kad raya kepada anda semua (kepada yang send kat raya kat wan la). Ianya hanyalah gambar yang diambik guna SLR wan, then diprint atas photo paper guna printer, dgn wish dan nama anda atas gambar itu. hahah.. (jimat duit).. Kepada yang send kad raya tapi tak kepilkan alamat, sila bgtau wan secepat mungkin (Nazmi Zaim Liverpool, abg Lukman Edinburg, dan juga Elly dari UKM)..

Semalam abg dzoelhakim tanya kat tagboard:
1/ “wan… 350D ko boleh amik video sekali tak?” - tak boleh, malah kene tgk kat viewfinder dan bukannya screen.
2/ “ko rasalah antara 350D dgn D70 mana okay… ” -maka wan buat test hari ini, khas utk dzoelhakim…


gambar sendiri guna Nikon D70s. tangan goyang ;(


gambar sendiri guna Canon EOS 350D.. tapak tangan besar? nak kene sepak?

Kelebihan Nikon D70s
a] Senang nak setting antara aperture dan shutter speed.
b] LCD monitor kat atas, 6mega pixel
c] Berat, besar dan nampak gah
d] Kemas dan senang pegang dgn tangan

Kelebihan Canon EOS 350D
a] Senang nak setting utk gambar simple
b] 8 mega pixel, LCD berhadapan kita
c] Ringan, kecil dan flexible
d] pun senang pegang

Pendangan peribadi: Jika guna mode Manual, lebih suka guna Nikon D70s sebab dial untuk aperture dan shutter adalah berbeda. Boleh pusing dua – dua skaligus untuk ubah. Kalau guna Canon EOS 350D, hanya ada satu dial dan kene tekan satu butang untuk tukar fungsi dia. Kedua – dua kamera laju untuk flash, Nikon lebih berat dan selesa dipegang tetapi lebih besar. Canon pulak ringan dan flexible, mudah untuk ambik gambar dan tak penat. BAteri Canon tahan untuk 500 keping gambar, manakala bateri Nikon untuk 400 keping.. tapi tu tak penting, sbb charge senang je… Kelemahan, kedua dua kamera takder anti – shake. Maka beil la Olympus! haha.. Canon lebih murah, dan aksesori dia murah gak. Nikon lagi smart, tapi agak mahal. Maka, tebuk dada, tanya selera (lepas bukak poser la)


inilah Nikon D70s


inilah Canon EOS 350D

Kesimpulan: Biar ada dua – dua. Senang citer. Tak yah duk compare2.. Bosan guna Canon, guna Nikon lak, bosan Nikon, guna Canon lak. tak gitu?

Older Posts »

Blog at WordPress.com.